Panduan Lengkap Memulakan Perniagaan Ayam Gunting di Malaysia

Dari pendapatan sampingan ke sumber rezeki utama — peniaga Alis Fried Chicken berjaya melakukannya.
Ayam Gunting yang terkenal dengan kerangupan dan keenakannya merupakan antara makanan jalanan yang paling popular di Malaysia. Dengan modal permulaan yang rendah, permintaan tempatan yang tinggi serta pulangan yang cepat, perniagaan ini menjadi pilihan bijak untuk usahawan baharu.

Dengan sokongan jenama kukuh seperti Alis Fried Chicken, anda boleh mengembangkan perniagaan dengan keyakinan kerana ia sudah dikenali dan digemari ramai. Panduan ini merangkumi maklumat penting untuk memulakan perniagaan Ayam Gunting anda di Malaysia, termasuk anggaran kos, lesen perniagaan serta tip penyediaan dan penyajian bagi membantu anda mengendalikan operasi dengan lebih teratur.

Langkah 1: Anggaran Kos Permulaan

Sebelum anda memulakan perniagaan Ayam Gunting, pastikan anda mengetahui jumlah pelaburan yang diperlukan. Kos permulaan berbeza mengikut model perniagaan, lokasi dan skala operasi yang dirancang. Berikut merupakan anggaran kos mengikut kategori yang biasanya terlibat:

A. Persediaan Kiosk atau Food Truck

Hope Programme by ALIS Fried Chicken is a food aid initiative to support underserved communities with essential supplies through partnerships with NGOs and local groups.

Jika anda berniaga di pasar malam atau kiosk tepi jalan, kadar sewa bulanan biasanya bermula dari bawah RM100 hingga beberapa ratus ringgit, bergantung pada lokasi, jumlah pengunjung dan permintaan kawasan tersebut. Biasanya, kadar sewa hanya melibatkan ruang niaga, manakala peralatan gerai perlu disediakan oleh peniaga.

Jika anda memilih untuk berniaga dengan food truck, peruntukan modal permulaan adalah sekitar RM30,000 hingga RM50,000 atau lebih, bergantung pada sama ada anda memilih food truck terpakai atau baharu. Walaupun kos awal lebih tinggi, tetapi food truck membolehkan anda berniaga di pelbagai lokasi dengan lebih fleksibel.

Selain itu, antara kemudahan asas yang perlu dipertimbangkan ialah:

  • Kanopi atau khemah (RM200 – RM500)
  • Meja dan kerusi lipat (RM100 – RM300)
  • Banner dan lampu (RM100 – RM300)

Kemudahan ini bukan sahaja melengkapkan gerai anda, malah membantu mewujudkan suasana yang lebih menarik serta profesional untuk menarik perhatian pelanggan.

B. Peralatan

Pemilihan peralatan yang sesuai amat penting bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar serta kualiti makanan terjamin. Antara peralatan penting termasuk mesin penggoreng, gunting tajam, penyepit, penapis, dulang keluli tahan karat, bekas simpanan makanan, dan lain-lain. Sebagai penyelesaian mudah, ramai usahawan baharu memilih pakej kiosk Alis Fried Chicken all-in-one yang merangkumi semua peralatan dan bahan penting bagi memulakan perniagaan dengan segera. 

  • 1 Set Kaunter
  • Papan Iklan Alis Fried Chicken & Sotong Raja 48”x 16”
  • Papan Iklan Alis Fried Chicken & Sotong Raja 48”x 30”
  • Papan Iklan Alis Fried Chicken & Sotong Raja 21.5”x 30”
  • Mesin Penggoreng Ayam 18L (N)
  • Kaki Dapur
  • Kepala Regulator Gas
  • Penyepit Panjang
  • Penyepit Pendek
  • Termometer
  • Pemasa Digital 
  • Corong Ayam Gunting
  • Bekas Lada Tahan Karat x 2 unit
  • Gunting
  • Tray Kuning x 3 unit
  • Bekas Tepung 11.7L x 2 unit
  • Periuk
  • Sarung Tangan Pakai Buang x 1 Kotak
  • Lidi Sate
  • Beg Plastik 12″ X 13″
  • Topi x 2 unit
  • Uniform – Alis Fried Chicken x 2 unit
  • Apron – 2 unit
  • Kotak Gabus
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Bekas Tepung 6816 
  • Bekas Tepung 6716 
  • Pengacau Manual (Spring Hand Mixer)
Alis Fried Chicken Business Kiosk Package

Pakej kiosk all-in-one daripada Alis Fried Chicken ditawarkan pada harga bermula daripada RM4,199. Ia memudahkan proses permulaan, menjimatkan masa dan memastikan anda bermula dengan set peralatan yang lengkap serta bahan yang berkualiti.

C. Bahan Mentah, Perbelanjaan Harian dan Anggaran Pendapatan

Kos harian bergantung kepada jumlah jualan yang diperoleh setiap hari. Perbelanjaan ini biasanya melibatkan  bahan mentah, pembungkusan dan utiliti seperti gas serta minyak masak. Alis Fried Chicken turut membekalkan bahan mentah berkualiti tinggi yang sedia digoreng bagi memudahkan anda menguruskan perniagaan dengan lebih cekap.

Untuk gerai kecil atau sederhana, kos harian dianggarkan sekitar RM100 hingga RM200. Ia termasuk bahan mentah seperti Ayam Gunting, Ayam Keping dan Sotong Raja, serta barangan pakai buang seperti minyak masak, beg kertas, sarung tangan dan lain-lain. Dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh Alis Fried Chicken, termasuk cara penyediaan dan penyajian produk, anda dapat mengawal kos dengan lebih baik sambil mengekalkan rasa dan kualiti yang konsisten untuk setiap pesanan.

Sebagai contoh, dengan modal awal Pakej Kiosk Alis Fried Chicken bernilai RM4,199 di lokasi yang mempunyai sekitar 20 hingga 25 pelanggan sehari,kos operasi harian lebih-kurang RM150, manakala pendapatan harian dianggarkan sekitar RM300. Jika anda berniaga empat hari seminggu, keuntungan bersih boleh mencecah sekitar RM600 seminggu(RM2,400 sebulan) Dengan ini, anda berpeluang mendapatkan kembali modal permulaan dalam tempoh dua bulan sahaja.

Ini hanyalah anggaran sederhana yang mudah dicapai. Jika anda berniaga dengan lebih rajin, contohnya lima hingga enam hari seminggu, anda bakal mendapat pulangan yang lebih lumayan, mencapai matlamat perniagaan dan menuju ke arah kebebasan kewangan dengan lebih awal. Dengan gabungan usaha berterusan, lokasi strategik dan pengurusan cekap, pakej perniagaan Alis Fried Chicken mampu membantu anda menjana pendapatan yang stabil dan berterusan.

Langkah 2: Mohon Lesen dan Permit yang Diperlukan

Sebelum memulakan perniagaan Ayam Gunting, anda perlu memastikan semua lesen dan permit yang diperlukan telah diperoleh. Hal ini penting supaya gerai anda beroperasi mengikut undang-undang tempatan, di samping meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan anda sah dan boleh dipercayai.

A.Lesen Pihak Berkuasa Tempatan

Pastikan anda memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut kawasan operasi. Anda boleh terus ke Jabatan Pelesenan untuk memohon lesen perniagaan, atau hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Setiap majlis perbandaran mempunyai syarat dan prosedur berbeza walaupun dalam negeri yang sama. Contohnya, di Selangor anda mungkin di bawah Majlis Perbandaran Sepang atau Majlis Bandaraya Subang Jaya, dan kedua-duanya tidak sama. Bayaran lesen juga bergantung pada jenis perniagaan serta kadar ditetapkan PBT. Untuk elak kekeliruan, semak laman web rasmi PBT mengikut lokasi perniagaan anda.

B. Pendaftaran perniagaan dengan SSM

Bagi memastikan perniagaan anda dijalankan secara sah, anda perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi peniaga gerai makanan kecil, pilihan berdaftar ialah:

  • Perniagaan Milikan Tunggal menggunakan nama sendiri – RM30 setahun (setakat 2025)
  • Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60 setahun (setakat 2025)

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal SSM EzBiz atau di mana-mana pejabat SSM di seluruh negara.

Langkah 3: Persediaan Operasi Harian

Persediaan awal penting untuk kelancaran operasi Ayam Gunting. Antaranya membuka gerai, menyediakan bahan dan peralatan, serta menganggarkan keperluan harian. Perancangan teratur membantu aliran kerja lebih lancar dan mengurangkan tekanan waktu puncak.

Berikut adalah beberapa tip penyediaan dan penyajian Ayam Gunting, Ayam Keping, serta Sotong Raja, termasuk anggaran masa yang perlu diperuntukkan sebelum gerai dibuka.

Ayam Gunting

  1. Keluarkan ayam gunting dari peti beku dan biarkan selama sekurang-kurangnya 8 jam pada suhu bilik sebelum memulakan operasi perniagaan.
  2. Salutkan ayam sepenuhnya dengan Tepung Ayam Goreng Premium Alis untuk menghasilkan permukaan yang rangup, keemasan, dan penuh perisa.
  3. Panaskan minyak sehingga 180 °C. Gunakan jumlah minyak yang mencukupi untuk memastikan ayam tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
  4. Goreng selama lebih kurang 5 minit, balikkan ayam dari semasa ke semasa agar ia masak sekata dan tekstur luar lebih rangup.
  5. Taburkan Serbuk Perasa Harum Premium Alis di atas ayam semasa masih panas. Potong dengan gunting atau pisau kepada saiz hidangan kecil untuk penyajian.
Ayam Gunting by Alis Fried Chicken

Ayam Keping

  1. Keluarkan ayam keping daripada peti beku dan biarkan selama sekurang-kurangnya 4 jam pada suhu bilik sebelum memulakan operasi perniagaan.
  2. Salutkan ayam sepenuhnya dengan Tepung Ayam Goreng Premium Alis untuk menghasilkan permukaan yang rangup, keemasan, dan penuh perisa.
  3. Panaskan minyak sehingga 180 °C. Gunakan jumlah minyak yang mencukupi untuk memastikan kepingan ayam tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
  4. Goreng selama kira-kira 3 minit, balikkan kepingan ayam dari semasa ke semasa agar ia masak sekata dan tekstur luar lebih rangup.
  5. Taburkan Serbuk Perasa Harum Premium Alis di atas ayam semasa masih panas. Potong dengan gunting atau pisau kepada saiz hidangan kecil untuk penyajian.
Ayam Keping by Alis Fried Chicken - juicy boneless chicken fillets — perfect for rice, noodles, or a full meal.

Sotong Raja

  1. Keluarkan Sotong Raja daripada peti beku and biarkan sekejap pada suhu bilik (tidak perlu dinyahbeku sepenuhnya) dan pastikan sotong disimpan dengan ais dan kekal sejuk sehingga sedia untuk digoreng.
  2. Gaulkan kepingan Sotong Raja dengan bancuhan tepung terlebih dahulu. Kemudian, salutkan secara rata dengan Tepung Ayam Goreng Premium Alis.
  3. Panaskan minyak sehingga 200°C. Gunakan minyak yang mencukupi agar kepingan sotong dapat tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
  4. Goreng selama lebih kurang 3 minit, balikkan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia masak dengan sekata dan tekstur luaran kekal rangup.
  5. Taburkan Serbuk Perasa Premium Alis di atas kepingan sotong semasa masih panas. Potong dengan gunting atau pisau kepada saiz hidangan kecil untuk penyajian.
Enjoy the Sotong Raja by Alis Fried Chicken - king-sized crispy squid with tasty marination.
  • Sediakan bahan lebih awal supaya tidak tergesa-gesa ketika waktu sibuk.
  • Elakkan membasuh atau merendam bahan dengan air kerana ia boleh menjejaskan tekstur dan rasa serta menyebabkan makanan cepat rosak dan menjadi basi.
  • Sediakan bahan yang diperlukan terlebih dahulu mengikut anggaran permintaan harian.
  • Pastikan tempat memasak bersih dan tersusun untuk kelancaran perkhidmatan.

Mahukan panduan persediaan perniagaan yang lengkap tanpa kerumitan? Pakej Perniagaan Alis Fried Chicken menawarkan solusi lengkap untuk membantu anda memulakan perniagaan dengan yakin walaupun anda tiada pengalaman dalam bidang F&B.

Langkah 4: Kembangkan Perniagaan Ayam Gunting Anda

Setelah perniagaan Ayam Gunting anda stabil, tibalah masanya untuk mengembangkan perniagaan. Dengan mengembangkan perniagaan Ayam Gunting, anda dapat menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan keuntungan.

Berniaga di Lokasi Baru

Pertimbangkan untuk membuka gerai di lokasi strategik lain seperti pasar malam, kawasan sekolah, atau kawasan pejabat.

Daftar Dengan Platform Penghantaran Makanan Atas Talian

Jika kawasan anda mempunyai permintaan tinggi terhadap makanan jalanan, daftar dengan GrabFood atau Foodpanda untuk menarik lebih ramai pelanggan serta meningkatkan pendapatan melalui pesanan makanan.

Mengupah Pekerja Tambahan

Jika anda sukar mengurus segalanya sendiri disebabkan peningkatan jumlah pelanggan, anda boleh mengupah pekerja tambahan untuk meringankan beban.

Mengapa Pilih Pakej Perniagaan Alis Fried Chicken

Dengan peralatan dan sokongan operasi daripada ALIS Fried Chicken, anda berpeluang menjana pendapatan yang lebih stabil melalui perniagaan Ayam Gunting. Anda boleh memulakan perniagaan dengan yakin dan mengembangkannya secara berterusan melalui pakej perniagaan Alis Fried Chicken serta perancangan yang baik. Kalau anda ingin memulakan perniagaan dengan gerai kecil atau mengembangkan perniagaan Ayam Gunting yang berjaya, panduan lengkap pakej perniagaan Alis Fried Chicken dapat membantu anda menjadikan minat terhadap Ayam Gunting sebagai sumber pendapatan.

Dengan tawaran kos berpatutan, pakej perniagaan Alis Fried Chicken menyediakan sokongan menyeluruh bagi memastikan kejayaan perniagaan anda.

Persediaan mudah, pulangan pantas — inilah model perniagaan Alis Fried Chicken.

Dengan modal rendah, margin keuntungan tinggi, serta sokongan daripada jenama tempatan terkenal, pakej ini direka untuk pulangan cepat. Contohnya, terdapat usahawan yang berjaya mendapatkan kembali modal dalam tempoh dua bulan bergantung pada jualan yang konsisten. Dengan lebih 20 cawangan di seluruh negara, usahawan boleh mengendalikan urusan restok dengan mudah, sambil menerima sokongan operasi berterusan serta bantuan menyeluruh merangkumi bekalan bahan siap guna, panduan pemasaran dan khidmat pelanggan. Semua produk juga diiktiraf Halal oleh JAKIM, menjadikannya pilihan bijak untuk mereka yang ingin berniaga makanan yang berkualiti dengan sistem yang terbukti berkesan.