SOTONG RAJA ALIS FRIED CHICKEN
Kesegaran dan Tekstur Kenyal yang Memikat
Dicipta khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia, Sotong Raja Alis Fried Chicken merupakan pilihan utama bagi mereka yang menggemari makanan laut berperisa dan rangup. Diperbuat daripada potongan sotong gergasi yang telah dibersihkan sepenuhnya, disalut dengan bancuhan tepung khas dan digoreng hingga keemasan — teksturnya kenyal, tidak kering dan tanpa rasa liat.
Setiap potongan disaluti dengan Tepung Ayam Goreng Premium Alis untuk menghasilkan lapisan luar yang rangup sempurna sambil mengekalkan keenakan isi sotong yang asli dan segar. Untuk rasa lebih memikat, hidangan ini ditabur dengan Serbuk Perasa Harum Premium Alis yang wangi dan kaya dengan rempah ratus. Tekstur unik ini menjadikan Sotong Raja Alis Fried Chicken sajian kegemaran pelanggan dari semua peringkat umur — daripada kanak-kanak hingga dewasa.
Selain keistimewaan dan keenakan rasa, produk ini juga disediakan mengikut piawaian keselamatan makanan yang ketat serta mempunyai sijil dan pematuhan yang terjamin:
- Halal
- MeSTI
- HACCP
- VHM
Tip Penyediaan dan Penyajian Sotong Raja
Tidak perlu dinyahbeku sepenuhnya. Biarkan sotong berada pada suhu bilik selama kurang daripada 1 jam. Pastikan ia sentiasa disimpan sejuk dengan ais.
Gaulkan kepingan Sotong Raja dengan bancuhan tepung terlebih dahulu. Kemudian, salutkan secara rata dengan Tepung Ayam Goreng Premium Alis.
Panaskan minyak sehingga 200°C. Gunakan minyak yang mencukupi agar kepingan sotong dapat tenggelam sepenuhnya semasa digoreng.
Goreng selama lebih kurang 3 minit, balikkan dari semasa ke semasa (setiap 30 saat) untuk memastikan ia masak dengan sekata dan tekstur luaran kekal rangup.
5
Taburkan Serbuk Perasa Premium Alis di atas kepingan sotong semasa masih panas. Potong dengan gunting atau pisau kepada saiz hidangan kecil untuk penyajian.
Produk Istimewa Alis Fried Chicken

Ayam Gunting
Ayam goreng berperisa, digunting segar dan dihidang panas. Rangup di luar, juicy di dalam — sajian klasik ikonik Alis Fried Chicken.

Ayam Keping
Ayam keping tanpa tulang yang enak dan berjus — sesuai dijadikan snek atau pelengkap menu anda. Digemari ramai dan pasti disukai kanak-kanak!

Sosej Jumbo
Sosej ayam jumbo bersaiz 8 inci dalam perisa asli atau keju - lazat, mudah disediakan, dan disukai ramai!
Pembekal Sotong Raja No. 1 di Malaysia
Sedang mencari pembekal Sotong Raja berkualiti tinggi? Alis Fried Chicken komited menyokong pelanggan dan usahawan di seluruh negara — dengan lebih 20 cawangan yang menyediakan produk Sotong Raja segar yang dibekukan sempurna dan sedia digoreng bila-bila masa.
Dikenali kerana rasa yang autentik, tekstur rangup, dan kualiti konsisten, produk kami sesuai untuk kegunaan sendiri, jualan di gerai, food truck atau kedai makan.
Cari pembekal Sotong Raja Alis Fried Chicken yang berdekatan — dan rasai sendiri keistimewaan dan kelazatan Sotong Raja yang disukai seluruh Malaysia.