Ingin tahu bagaimana En. Muhammad Asyraaf bin Ahmad Nazim, usahawan muda dari Johor, membina perniagaan ayam gunting yang berjaya daripada minatnya sendiri? Tonton video temu bual ini untuk mengetahui perjalanan beliau dan dapatkan tips berguna untuk memulakan perniagaan ayam gunting anda sendiri.
Cara Memulakan Perniagaan Ayam Gunting bersama Alis Fried Chicken
S: Bagaimana En. Asyraaf mula berniaga ayam gunting?
J: Pada asalnya, saya suka makan ayam gunting. Kemudian, saya melihat peluang dalam bidang ini dan mula berniaga ayam gunting. Saya bermula secara kecil-kecilan dengan mempromosikan ayam gunting melalui media sosial. Saya juga menjalankan penghantaran ayam gunting ke rumah pelanggan demi mendapatkan jualan harian.
S: Kenapa En. Asyraaf memilih pakej perniagaan ayam gunting Alis Fried Chicken?
J: Saya memilih pakej perniagaan ayam gunting Alis Fried Chicken kerana ia sangat mudah disediakan. Pelanggan juga sering memuji ayam gunting Alis Fried Chicken besar, rangup, dan sedap. Malah, rasanya sudah cukup enak tanpa tambahan perasa. Kualiti dan keenakan ayam gunting Alis Fried Chicken menjadi kelebihan utama yang membantu saya menarik lebih ramai pelanggan dan membina perniagaan yang kukuh.
Pencapaian Peniaga Muda: Dari Gaji Bulanan ke Majikan Sendiri
S: Apa pencapaian terbesar anda dalam perniagaan ini?
J: Pada masa dulu, saya hanya mengharapkan gaji bulanan, tetapi sekarang saya pula yang mampu membayar gaji kepada orang lain. Saya juga mempunyai masa untuk keluarga dan rakan-rakan. Saya juga dapat menggembirakan keluarga dengan makanan sedap, pakaian yang selesa, dan peluang untuk bercuti bersama.
Tips Memulakan Perniagaan Ayam Gunting bagi Usahawan Muda
S: Apa prinsip dan rahsia kejayaan anda dalam berniaga?
J: Saya berpegang kepada prinsip untuk sentiasa ramah mesra dengan pelanggan. Saya akan memenuhi permintaan mereka agar mereka berpuas hati. Saya juga menjaga kualiti makanan dan memastikan gerai saya sentiasa bersih kerana ia mewakili imej saya sebagai seorang peniaga. Persembahan makanan yang menarik juga penting supaya pelanggan teruja untuk membeli.
Impian Masa Depan: Kembangkan Cawangan Ayam Gunting di Johor
S: Apa misi jangka panjang En. Asyraaf?
J: Saya ingin membuka lebih banyak cawangan Ayam Gunting Alis Fried Chicken ini di seluruh negeri Johor. Saya juga berimpian untuk membawa keluarga pergi menunaikan umrah suatu hari nanti.
Nasihat Kepada Peniaga Muda: Berani Ambil Risiko
S: Apa nasihat En. Asyraaf kepada anak muda yang ingin memulakan perniagaan ayam gunting?
J: Jangan takut untuk mengambil risiko dan mudah berputus asa. Dalam menjalankan perniagaan, kita harus sentiasa berfikiran positif dan membuat perancangan jangka panjang. Jangan pedulikan kata-kata orang lain kerana kita adalah orang yang menentukan masa depan kita sendiri.
Kenapa Pilih Pakej Perniagaan Alis Fried Chicken?
Dengan semangat juang dan strategi yang tepat, En. Asyraaf membuktikan bahawa perniagaan ayam gunting boleh berjaya walaupun bermula secara kecil-kecilan.
Bagi anda yang turut ingin mengikut jejak langkah En. Asyraaf, pakej perniagaan Alis Fried Chicken menawarkan peluang terbaik untuk bermula. Dengan modal rendah tetapi berpotensi menjana pendapatan yang lumayan, anda boleh memulakan perniagaan ayam gunting yang mempunyai margin keuntungan menarik serta pulangan modal yang pantas. Jenama Alis Fried Chicken yang telah dikenali sejak 2008 memudahkan anda menarik pelanggan dengan lebih yakin. Lebih 20 cawangan di seluruh negara memastikan urusan restok dan sokongan perniagaan anda sentiasa lancar. Tambahan pula, semua produk Alis Fried Chicken dijamin 100% halal dan diperakui JAKIM, memberikan keyakinan kepada pelanggan dari pelbagai latar belakang.
Jangan lepaskan peluang ini! Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej perniagaan ayam gunting Alis Fried Chicken dan mulakan langkah pertama anda dalam dunia keusahawanan makanan.