Kisah Kak Ratna: Kejayaan Perniagaan Ayam Gunting Alis Fried Chicken hingga Tunai Umrah

Alis Friend Chicken empowers entrepreneurs across Malaysia to start businesses with small capital and low risk
Dengan pakej perniagaan Alis Fried Chicken, Kak Ratna berjaya mengubah kehidupan keluarganya dan menikmati gaya hidup yang lebih selesa.

Dengan hanya modal RM5,000, Kak Ratna bukan sahaja berjaya menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan ayam gunting, malah impiannya untuk menunaikan Umrah bersama keluarga turut tercapai. Tonton video temubual eksklusif ini untuk mengetahui kisah benar kejayaannya serta langkah memulakan perniagaan ayam gunting yang berpotensi tinggi.

Bagaimana Kak Ratna Bermula dalam Perniagaan Ayam Gunting Alis Fried Chicken

S: Bolehkah Kak Ratna ceritakan sebab Kak Ratna mula berniaga ayam gunting?

J: Assalamualaikum dan selamat petang. Sebelum mula berniaga Ayam Gunting, Kak Ratna pernah menjual pelbagai jenis produk, tetapi sukar untuk menabung kerana modal perlu digunakan semula untuk pusingan harian. Kemudian, Kak Ratna beralih kepada perniagaan ice blended, dan barulah hasilnya menunjukkan peningkatan. Kak Ratna mula mencari perniagaan lain yang boleh menambahkan pendapatan dan akhirnya menemui peluang dalam perniagaan Ayam Gunting melalui Alis Fried Chicken.

Rahsia Kejayaan Perniagaan Ayam Gunting Kak Ratna

S: Berapa lama Kak Ratna mendapat pulang modal?

J: Kak Ratna hanya mengambil masa tiga bulan untuk mendapatkan semula modal daripada perniagaan ayam gunting ini. Selepas dua tahun berniaga, Kak Ratna berjaya membeli dua buah lori, tiga buah kereta dan dua biji motosikal. Selain itu, Kak Ratna juga berpeluang membawa keluarga melancong tiga kali setahun serta menunaikan Umrah bersama seluruh keluarga.

S: Apakah rahsia kejayaan perniagaan Kak Ratna dalam ayam gunting?

J: Rahsia perniagaan Kak Ratna ialah sentiasa mementingkan kebersihan, kekemasan, dan yang paling penting, memberikan servis terbaik kepada pelanggan. Apabila kita memberi layanan yang baik, pelanggan pasti akan datang semula. Sepanjang Kak Ratna berniaga, pelanggan bukan sahaja dari kawasan Sungai Besi, malah ramai juga yang datang dari luar seperti Putrajaya dan Rawang. Mereka sanggup datang ke pasar malam Sungai Besi semata-mata untuk membeli daripada Kak Ratna.

Perancangan Masa Depan untuk Perniagaan Ayam Gunting

S: Apakah perancangan atau harapan Kak Ratna terhadap perniagaan ayam gunting?

J: Perancangan Kak Ratna adalah untuk menjadikan food truck sebagai satu platform perniagaan gabungan iaitu ayam gunting Alis Fried Chicken dan minuman ice-blended dijual bersama. Jika diberi peluang, Kak Ratna berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan ini ke negeri-negeri lain, malah ke peringkat antarabangsa. Buat masa ini, Kak Ratna hanya berniaga di tiga lokasi utama, iaitu di Pasar Malam Sungai Besi, Pasar Malam Bandar Tun Razak, dan Universiti Pertahanan Malaysia.

Tips Memulakan Perniagaan Ayam Gunting dari Kak Ratna

S: Apakah nasihat Kak Ratna terhadap orang yang ingin mula berniaga?

J: Bagi peniaga yang bermula dengan model perniagaan kecil-kecilan, Kak Ratna menasihati agar tidak perlu membeli set dapur yang mahal. Mereka boleh mula dengan pakej perniagaan Alis Fried Chicken dan pekerja akan mengajar tentang cara menggoreng dan mengunting ayam. Contohnya, adik ipar saya mula berniaga ayam gunting dan kini memperoleh pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan.

Kenapa Pilih Pakej Perniagaan Ayam Gunting Alis Fried Chicken?

Perniagaan ayam gunting ini telah mengubah kehidupan Kak Ratna secara signifikan dengan membawa pendapatan yang stabil dan membolehkan dia meningkatkan taraf hidup keluarga. Dengan usaha yang berterusan dan perancangan yang teliti, Kak Ratna berjaya mencapai kejayaan yang memberi impak besar kepada kehidupan seharian. Kisah ini menjadi inspirasi kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan ayam gunting sebagai sumber pendapatan yang berpotensi.

Pakej Perniagaan Alis Fried Chicken menawarkan peluang terbaik kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan modal rendah namun berpotensi memberikan pulangan yang lumayan. Dengan modal yang mampu milik, anda boleh memulakan perniagaan ayam gunting yang mempunyai margin keuntungan yang kukuh dan cepat kembali modal. Jenama Alis Fried Chicken yang sudah dikenali ramai memudahkan anda menarik pelanggan. Selain itu, dengan lebih 20 cawangan di seluruh negara, urusan pengisian semula stok lebih mudah dan cepat. Semua produk Alis Fried Chicken juga dijamin 100% halal dan diperakui JAKIM, memberikan keyakinan kepada pelanggan dari pelbagai latar belakang.

Jangan lepaskan peluang ini! Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut tentang pakej perniagaan dan mulakan langkah pertama anda menuju kejayaan bersama Alis Fried Chicken.